Buku ini berjudul Allah dalam Aqidah Islamiyah, Karya Hasan Al Banna
Pengantar Penulis
Saya teragak seketika untuk memilih perkataan pertama dalam membicarakan topik ini, iaitu “Al‘Aqa’id”. Apakah akan saya tulis berkenaan soal “adDin-Agama”, apakah dia yang dikatakan “ad-Din” itu? dan apakah hubungannya dengan individu dan masyarakat, dan apakah kesan-kesannya terhadap dua perkara tersebut dan sejauh manakah keperluan kedua-duanya itu terhadap agama? Atau apakah akan saya tulis mengenai sejarah pertumbuhan al-’Aqa’id dalam Islam, dan soal-soal yang ada hubungan dengannya dengan pendekatan yang menyentuh persoalan-persoalan politik, kemasyarakatan, dan alam pemikiran, dengan menggambarkan corak dan warna yang berlaku sepanjang masa persejarahan umat Islam?, atau apakah akan saya terus masuk menulis membicarakan bidang ‘aqa’id sekadarnya yang dapat memberi kesan yang mendalam iaitu aqidah kepercayaan kepada “Allah”. Akhirnya saya berpendapat elok saya memilih segi yang terakhir mi, dan inilah yang menjadi bidang tulisan ini, insya Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar