Buku ini berjudul Manhaj Hidup Muslim, Karya Al Maududi.
Pengantar Penulis
Alhamdulillah, dengan rahmat kemurahan Allah buku ini dapat diterbitkan. Usaha menerbitkan buku ini kami lakukan kerana kandungannya merupakan keperluan asas dalam rangka memahami Islam dan ajarannya. Setiap insan yang mengaku dirinya sebagai Muslim wajib mengetahui syarat-syarat yang diperlukan bagi membolehkan dirinya diterima di sisi Allah sebagai ummat Islam. Pengakuan sebagai Muslim tidak mendatangkan sebarang erti kepada seseorang seandainya kepercayaannya, keimanannya, akhlaqnya budiperangainya dan 'amal kerjanya sama seperti orang bukan Islam. Orang yang digelar Muslim itu mempunyai identitinya tersendiri dan mereka mempunyai panduan yang tersendiri pula dari Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi menjamin kejayaan, keselamatan dan kemulian hidup mereka. Buku ini Insya Allah akan menjelaskan secara terperinci makna dan pengertian Iman, Islam dan Muslim. Memandangkan kandungannya yang sungguh baik kami berharap buku ini bukan sahaja menjadi bahan bacaan para penuntut yang ingin mendalami kefahamannya tentang Islam malah ia akan digunakan dalam kumpulan-kumpulan perbincangan (usrah) yang sejak akhir-akhir ini menjadi satu intitusi tarbiyyah yang berkesan. |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar