Che Guevara dan Revolusi Kuba - Mike Gonzalez

Buku ini berjudul Che Guevara dan Revolusi Kuba, Karya Mike Gonzalez


Pengantar Penulis

Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Canudos, yang berjuang menentang kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara. Di Carakas, di Buenos Aires, di Bolivia dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polis semasa pemberontakan menentang kapital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang membawa imej Che. Di Eropah, penunjuk rasa memakai kemeja-T dengan muka Guevara tercetak pada dada mereka.

Ernesto ‘Che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doktor dari Argentina ini, yang  meninggalkan tanahair dan kerjayanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah kampung pergunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Tarikh bulan itu adalah Oktober 1967, dan Ernesto Guevara belum berusia 40 tahun.

Di Kuba, di mana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat bangunan di Dataran Revolusi, di Havana. Dan pada poster dan papan tanda, imej Che berdiam diri di sisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajahi bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam, dan bukannya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut.
– Fidel Castro.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar